Quantcast
Channel: PEREKA CERITA

KU TINGGALKAN CINTA DI OKINAWA (ASTRO MUSTIKA)

0
0




KU TINGGALKAN CINTA DI OKINAWA
EPISOD : 26 episod
TARIKH : 5 Ogos 2015
HARI: Rabu,
MASA: 9.30malam
SIARAN : Astro Mustika HD (134) , Astro Bella (133)
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Hanis Zalikha, Shogen Itokazu, Mimi Lana
Natasha Elyzza, Najua Pramlee, Didie Alias
LAGU TEMA OST : Ku Tinggalkan Cinta( Marsha Milan Londoh)





SINOPSIS KU TINGGALKAN CINTA DI OKINAWA
Mengisahkan Alisa (lakonan Hanis Zalikha) mahu mencari ibu kandungnya yang terpisah sekian lama. Pada suatu hari, Alisa nekad menyertai latihan seni mempertahankan diri karate kerana dia diberitahu, ibunya merupakan seorang juara dalam bidang tersebut. Biarpun tinggal bersama bapanya, Amran, namun dia tidak pernah diberitahu mengenai sejarah silam antara bapa dan ibunya. Sehinggalah rahsia tersebut terbongkar sedikit demi sedikit apabila Alisa telah menyelamatkan seorang lelaki bernama Rykal (Sharnaaz Ahmad).


Rykal adalah anak kepada Datuk Sherry yang juga merupakan kawan baik kepada Amran. Sejak itu, Datuk Sherry mendedahkan cerita mengenai ibu kandung Alisa yang masih belum ditemuinya. Sewaktu Alisa dihantar ke Okinawa untuk menjalani latihan karate, dia telah berkenalan dengan seorang jurulatih bernama Shun (lakonan Shogen). Secara tidak sengaja, dia menaruh hati kepada jejaka tersebut sehinggakan mempunyai musuh bernama Riana. Tanpa disedari, Alisa mendapati salah seorang daripada mereka merupakan
adik-beradiknya.




PLAN CINTA TAK JADI (ASTRO RIA)

0
0
PLAN CINTA TAK JADI
EPISOD : 13 episod
TARIKH : 10 Ogos 2015
HARI: Isnin,
MASA: 10.00 malam)
SIARAN : Astro Ria ,  Ria HD
PELAKON : Fathia Latiff, Fattah Amin, Arja Lee, Ramona Zam Zam, Kaka Azraf, Mark Adam, Laila Nasir, Kuna Muzani, Ania Syaf






SINOPSIS PLAN CINTA TAK JADI
Mengisahkan pengorbanan seorang gadis bernama Melina yang cuba mengembirakan rakan serumahnya, Cici setelah Cici dikecewakan oleh kekasihnya Fariz. Melina memulakan plannya dengan memperkenalkan Cici kepada rakan sekolahnya, Suffian.



CINTA IRIS (1 - 13 TAMAT)

0
0



CINTA IRIS (BODYGUARD)
EPISOD : 13 episod
TARIKH : 10 Julai 2015
HARI: Setiap Jumaat,
MASA: 8.30 malam
SLOT: Ratu TV9
PELAKON : Raja Ilya, Ungku Ismail Aziz, Tunku Hanis, Nazim Othman, Zain Hamid, Emelie Hanif, Lia Natalia, Raja Ema




DOWNLOAD CINTA IRIS (1 - 13 TAMAT)
Cinta Iris Episode 01 = DOWNLOAD
Cinta Iris Episode 02 = DOWNLOAD
Cinta Iris Episode 03 = DOWNLOAD
Cinta Iris Episode 04 =
Cinta Iris Episode 05 =
Cinta Iris Episode 06 =
Cinta Iris Episode 07 =
Cinta Iris Episode 08 =
Cinta Iris Episode 09 =
Cinta Iris Episode 10 =
Cinta Iris Episode 11 =
Cinta Iris Episode 12 =
Cinta Iris Episode 13 =






STREET VENDETTA (1 - 26 TAMAT)

0
0
STREET VENDETTA (TV2)
EPISOD : 26 episod
HARI: Selasa-Khamis,
MASA: 9.00 malam
SIARAN : TV2 (RTM)
NOVELIS : Mazni Aznita
PELAKON : Nad Zainal, Syarul Ridzwan, Syatilla Melvin, Erry Putra, Fadilla Mansur, Rahim Jailani, Jasmin Hamid, Normah Damanhuri, Marissa Yasmin, Aznah Hamid, Falisha Crossley, Hanis Kamal, Dayana Roza



DOWNLOAD STREET VENDETTA (1 - 26 TAMAT)
Street Vendetta Episod 01 = DOWNLOAD
Street Vendetta Episod 02 =
Street Vendetta Episod 03 =
Street Vendetta Episod 04 =
Street Vendetta Episod 05 =
Street Vendetta Episod 06 =
Street Vendetta Episod 07 =
Street Vendetta Episod 08 =
Street Vendetta Episod 09 =
Street Vendetta Episod 10 =
Street Vendetta Episod 11 =
Street Vendetta Episod 12 =
Street Vendetta Episod 13 =



SINOPSIS STREET VENDETTA (1 - 26 TAMAT)
Drama adaptasi novel Street Vendetta karya Mazni Aznita bakal menemui penonton di TV2. Drama bersiri arahan Malek Rahman ini dilakonkan oleh Syarul Ridzwan, Nad Zainal, Syatilla Melvin, dan Erry Putra. Bakal bersiaran mulai 2 September 2015, pada setiap hari Selasa hingga Khamis, pukul 9.00 malam di TV2.

LARI MIRA (1 - 13 TAMAT)

0
0
LARI MIRA
EPISOD : 13 episod
TARIKH : 26 Ogos 2015
SIARAN : Slot Lestary TV3
PELAKON : Nina Iskandar, Erlando Saputra, Nazrief Nazri, Fazlina Ahmad Daud, Airiz Yasmin, Cut Okta, Umbu Deniro, Shinta Miranda, Erul Samah, Razma Azaela, Manan Sulaiman, Farhanna Qismina, Ieka Simon, Muhammad Riki Sapari, Kay Maria, Jasmine Ashraff




DOWNLOAD LARI MIRA (1 - 13 TAMAT)
Lari Mira Episod 01 = DOWNLOAD
Lari Mira Episod 02 = DOWNLOAD
Lari Mira Episod 03 =
Lari Mira Episod 04 =
Lari Mira Episod 05 =
Lari Mira Episod 06 =
Lari Mira Episod 07 =
Lari Mira Episod 08 =
Lari Mira Episod 09 =
Lari Mira Episod 10 =
Lari Mira Episod 11 =
Lari Mira Episod 12 =
Lari Mira Episod 13 (TAMAT) =





SINOPSIS LARI MIRA THE SERIES
Mengisahkan tentang kehidupan Mira selepas bencana tsunami di Bandar Acheh. Mira telah diselamatkan oleh Hadi untuk keluar dari kepompong jahil yang dipelopori oleh satu sindiket pemerdagangan manusia di Acheh.

TUAN ANAS MIKAEL (ASTRO RIA)

0
0
TUAN ANAS MIKAEL
EPISOD :
TARIKH : November 2015
SIARAN : Astro Ria , Ria HD
PELAKON : Aaron Aziz, Zara Zya, Wan Sharmila, Shah Rezza, Raja Ilya, Normah Damanhuri, Emmelia, Sarah Anne, Fazlina Ahmad Daud







SINOPSIS TUAN ANAS MIKAEL
Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.




Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi


Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.


Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu pula mentah-mentah menolak. Tapi akhirnya dia setuju juga untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas didepan mak Tuan Anas untuk mengelak daripada berkahwin dengan Safra.






HELLO, MR PERFECT (DOWNLOAD)

0
0


HELLO, MR. PERFECT!
EPISOD :
TARIKH : 2015
SLOT: Akasia TV3
NOVELIS : Waniey Zakaria
PELAKON : Fattah Amin, Nur Ruhainies, Rafiq Razali, Ezzaty Abdullah, Azlan Mokhtar, Mimi Ernida, Nafiez Zaidi, Keena Mentor, Afzan A.Rahman, Kay Maria, Eizlan Yusof, Fiza Halim, Ammar Alfian, Seniwati Mariani, Reydzal Razaly






DOWNLOAD HELLO, MR PERFECT
Hello Mr Perfect Episod 01 = DOWNLOAD
Hello Mr Perfect Episod 02 = DOWNLOAD
Hello Mr Perfect Episod 03 =
Hello Mr Perfect Episod 04 =
Hello Mr Perfect Episod 05 =
Hello Mr Perfect Episod 06 =
Hello Mr Perfect Episod 07 =
Hello Mr Perfect Episod 08 =
Hello Mr Perfect Episod 09 =
Hello Mr Perfect Episod 10 =
Hello Mr Perfect Episod 11 =
Hello Mr Perfect Episod 12 =
Hello Mr Perfect Episod 13 =








SINOPSIS HELLO MR PERFECT
Mengisahkan mengenai Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek langkah bendul walaupun mereka adalah lelaki, memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.

Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.
Tiada pilihan, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan Along memaksa Alya untuk menawarkan diri. Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?



KONDOMINIUM (1-13 TAMAT)

0
0
KONDOMINIUM
EPISOD : 13 Episod
TARIKH  : 30 September 2015
HARI: Isnin-Khamis,
MASA: 1.00 petang
SIARAN : Slot Galeri Famili TV2
PELAKON : Syazwan Zulkifli, Zul Ariffin, Almy Nadia, Syatilla Melvin, Eina Azman, Riz Amin, Shahrul Kamal dan Dilla Ahmad



DOWNLOAD KONDOMINIUM (1-13 TAMAT)
Kondoninium Episod 01 = DOWNLOAD
Kondoninium Episod 02 = DOWNLOAD
Kondoninium Episod 03 =
Kondoninium Episod 04 =
Kondoninium Episod 05 =
Kondoninium Episod 06 =
Kondoninium Episod 07 =
Kondoninium Episod 08 =
Kondoninium Episod 09 =
Kondoninium Episod 10 =
Kondoninium Episod 11 =
Kondoninium Episod 12 =
Kondoninium Episod 13 (TAMAT) =




SINOPSIS DRAMA KONDOMINIUM
Mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah penempatan perumahan Kondominium Villa Wangsa Emas milik Muhammad. Cerita bermula, apabila Zura datang dari Pulau Pinang mencari kawannya yang tinggal di apartment ini. Namun kawannya tidak lagi tinggal di sini. Nasib baik Zura terjumpa Malek dan Johan yang sedia membantu. Zura dikenalkan dengan kawan mereka Rozana dan Aiza dan Zura menyewa bersama mereka. Mereka tinggal berjiran bersama penyewa dan pemilik apartment di situ. Pelbagai ragam, kejadian dan permasalahan peribadi dan keluarga terjadi. Setiap permasalahan dapat di tangani dengan adanya semangat kejiranan dan tolong-menolong.

DHIA SOFEA (1 - 15 TAMAT)

0
0
DHIA SOFEA
EPISOD : 15 episod
TARIKH : 14 Oktober 2015
HARI: Rabu-Khamis,
MASA: 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
PELAKON : Amyra Rosli, Fadlan Hazim, Maria Farida, Sharifah Haslinda, Syafiq Kyle, Sasqia Dahuri, Raja Ema, Dato’ Eizlan Yusof, Faye Kusairi, Puteri Octovia, Roy Azman, Norlia Ghani




DOWNLOAD DHIA SOFEA (1 - 15 TAMAT)
Dhia Shofea Episod 01 = DOWNLOAD
Dhia Shofea Episod 02 = DOWNLOAD
Dhia Shofea Episod 03 = DOWNLOAD
Dhia Shofea Episod 04 = DOWNLOAD
Dhia Shofea Episod 05 =
Dhia Shofea Episod 06 =
Dhia Shofea Episod 07 =
Dhia Shofea Episod 08 =
Dhia Shofea Episod 09 =
Dhia Shofea Episod 10 =
Dhia Shofea Episod 11 =
Dhia Shofea Episod 12 =
Dhia Shofea Episod 13 =
Dhia Shofea Episod 14 =
Dhia Shofea Episod 15 (TAMAT) =





SINOPSIS DHIA SOFEA
Kepulangan Dhia Sofea disambut dengan majlis hari jadinya yang diaturkan oleh ibunya, Mak Yam. Dhia tidak sangka kejutan hadiah hari jadi yang diberikan oleh Mak Yam bakal mengubah hidupnya. Apakah dugaan yang bakal menghujani Dhia?

Mengisahkan Dhia Sofea (Amyra Rosli) mula mencari siapakah ibu dan bapa kandungnya selepas mendapat tahu dia hanyalah anak angkat kepada Mak Yam (Norlia Ghani). 23 tahun yang lepas, Dhia diserahkan oleh pasangan muda yang tidak dikenali oleh Mak Yam. Wanita itu berkelubung dan tidak kelihatan wajahnya. Lelaki itu pula memberi RM500 kepada Mak Yam untuk menjaga bayi itu dan mereka berdua tidak pernah kembali selepas itu.




Mak Yam membesarkan Dhia seperti anak kandungnya. Din (Syafiq Kyle), seorang anak yatim paitu juga menumpang kasih Mak Yam. Din menyimpan perasaan terhadap Dhia tetapi dia tidak meluahkan isi hatinya apabila Dhia pulang ke kampung bersama teman lelakinya, JJ (Fadlan Hazim). Dhia hanya mempunyai seutas rantai berhuruf M yang dipakai sewaktu bayi dijadikan sebagai bukti sehinggalah dia terjumpa sekeping gambar lama di rumah JJ ketika hadir ke parti hari jadinya. Dhia terkejut apabila JJ memberitahunya bahawa wanita itu ialah ibunya, Lorena (Maria Farida).

Dhia meminta izin daripada Mak Yam untuk tinggal di rumah makciknya, Cik Non (Raja Ema) di Kuala Lumpur. Dhia mencari alasan untuk mendekati Lorena. Apabila Dhia mendapat peluang untuk bertanya Lorena tentang loket rantai itu, Lorena tidak mengaku. Dhia mula putus asa tetapi JJ memujuknya dan berjanji akan menolongnya. Dhia terharu dan terus mencari bukti-bukti.


Lorena mula resah dan dia telah berjumpa dengan kawan baiknya, Dolly (Sharifah Haslinda). Lorena juga tidak mahu kerjaya suaminya, Mahadi (Dato’ Eizlan Yusof) tercalar. Dolly mula merancang sesuatu untuk menghapuskan Dhia supaya rahsia tersebut tidak terbongkar. Berjayakah Dhia menemui siapakah ibu bapa kandungnya? Apakah rahsia yang disimpan oleh Lorena dan Dolly?

SETULUS JANJI (1 - 26 TAMAT)

0
0
SETULUS JANJI
EPISOD : 26 episod
TARIKH : 17 Oktober 2015
HARI: Sabtu dan Ahad,
MASA: 7.05 malam
SIARAN : Slot Widuri TV1 (RTM)
PELAKON : Fida Ibrahim, Azlee Khairi, Shah Iskandar, Fahrin Ahmad, Elfira Loy, Dian P.Ramlee, Nurlini Rahim, Hafizuddin Fazil, Roy Azman, Watie Sadali, Nurul Aini, Leez Rosli





DOWNLOAD SETULUS JANJI (1 - 26 TAMAT)
Setulus Janji Episod 01 = DOWNLOAD
Setulus Janji Episod 02 = TONTON
Setulus Janji Episod 03 = TONTON
Setulus Janji Episod 04 =
Setulus Janji Episod 05 =
Setulus Janji Episod 06 =
Setulus Janji Episod 07 =
Setulus Janji Episod 08 =
Setulus Janji Episod 09 =
Setulus Janji Episod 10 =
Setulus Janji Episod 11 =
Setulus Janji Episod 12 =
Setulus Janji Episod 13 =
Setulus Janji Episod 14 =
Setulus Janji Episod 15 =
Setulus Janji Episod 16 =
Setulus Janji Episod 17 =
Setulus Janji Episod 18 =
Setulus Janji Episod 19 =
Setulus Janji Episod 20 =






SINOPSIS SETULUS JANJI (1 - 26 TAMAT)

Mengisahkan tentang Insyirah yang telah dibesarkan oleh keluarga angkat setelah kematian ibu dan bapa kandungnya. Ibu dan ayah angkat Insyirah mempunyai dua anak lelaki iaitu Ilham dan Aiman. Insyirah baru sahaja menamatkan pengajian dari sebuah universiti di Manchester, England. Dalam diam sebenarnya Insyirah bercinta dengan Aiman.

Namun segalanya berubah bila Aiman tidak menjemput Insyirah pulang di lapangan terbang. Insyirah kecil hati dan ketika itu muncul Ilham. Ilham kini merupakan seorang pakar bedah bidang ortopedik. Hubungan mereka semakin akrab dan mesra.

Hanya dengan tempoh yang singkat, Insyirah akur dengan permintaan keluarga angkatnya supaya dia berkahwin dengan Ilham. Sebenarnya sejak dulu lagi Insyirah memang menaruh hati terhadap Ilham namun ianya disembunyikan. Ketika itu juga Insyirah baru mengetahui sebenarnya Aiman ada skandal dengan bekas tuning Ilham bernama Juwita.



Kebahagian mereka melayari rumah tangga tidak lama setelah terbongkar cerita Ilham sebenarnya ‘terpaksa’ berkahwin dengan Insyirah. Insyirah merajuk namun berjaya dipujuk oleh Ilham. Ketika Insyirah baru melahirkan anak sulong mereka, Adila, tragedy berlaku dalam keluarga mereka bila Aiman kemalangan dan cedera teruk. Rumah tangga mereka kembali goyah bila Ilham menuduh Insyirah sebenarnya belum lagi melupakan Aiman yang kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Konflik berlaku bila Ilham menerima Juwita sebagai isteri keduanya. Insyirah benar-benar kecewa dan membawa diri melanjutkan pengajian di Menchester bersama anaknya. Ketika di Manchester Insyirah rapat dengan Imanina, seorang pelajar Afrika Selatan yang mirip dengannya. Insyirah juga rapat dengan Rizuan, lelaki yang pernah meminatinya.

Ilham turut menyambung pengajian di Menchester dan berusaha memujuk Insyirah menerima semula dirinya. Rasa cinta yang mendalam terhadap Ilham membuatkan akhirnya hati Insyirah kembali menerima Ilham. Tetapi dalam diam perasaan cemburunya kepada Juwita masih membara.

Namun bila pulang ke Malaysia hubungan mereka kembali kalut semula akibat berlaku banyak salah faham. Kemuncaknya bila Ilham menceraikan Insyirah kerana cemburukan Rizuan. Rizuan sebenarnya sudah berkahwin dengan Imanina.


Walaupun masih menyambung pengajian di Menchester, Insyirah memutuskan untuk terus menetap di Malaysia. Satu hari Insyirah bertemu semula dengan Ilham. Di situlah memujuk Insyirah untuk mereka rujuk kembali. Atas desakan semua orang dan mengenangkan masa depan Adila, Insyirah sanggup menerima Ilham sebagai suaminya kembali.

Satu hari Ilham terbaca surat lama yang pernah ditulis oleh Insyirah dan terbongkar cerita ‘isi hati’ Insyirah yang selama ini hanya menyintai Ilham seorang. Tidak ada Aiman atau Rizuan. Ilham terharu dan berterus-terang kepada Insyirah atas alasan apakah dia menikahi Juwita.

Apakah alasan tersebut? Adakah kebahagiaan milik mereka berdua?

ALAA BIB (1 - 20 TAMAT)

0
0
ALAA BIB..
EPISOD : 20 episod
TARIKH 12 Oktober 2015
HARI: Isnin-Khamis,
MASA: 6.30 petang
SIARAN : Slot Iris TV3
PELAKON : Nur Risteena Munim, Atikah Suhaime, Ammar Titan, Iqram Dinzly, Syafiq kyle, Ikhlas Jalil, Sheila Mambo





DOWNLOAD ALAA BIB (1 - 20 TAMAT)
Alaa Bib Episod 01 = DOWNLOAD
Alaa Bib Episod 02 = DOWNLOAD
Alaa Bib Episod 03 = DOWNLOAD
Alaa Bib Episod 04 = DOWNLOAD
Alaa Bib Episod 05 = DOWNLOAD
Alaa Bib Episod 06 = DOWNLOAD
Alaa Bib Episod 07 =DOWNLOAD
Alaa Bib Episod 08 = DOWNLOAD
Alaa Bib Episod 09 = TONTON
Alaa Bib Episod 10 =
Alaa Bib Episod 11 =
Alaa Bib Episod 12 =
Alaa Bib Episod 13 =
Alaa Bib Episod 14 =
Alaa Bib Episod 15 =
Alaa Bib Episod 16 =
Alaa Bib Episod 17 =
Alaa Bib Episod 18 =
Alaa Bib Episod 19 =
Alaa Bib Episod 20 (TAMAT) =






SINOPSIS DRAMA ALA BIB
Mengisahkan tentang Bibah (Risteena Munim) atau lebih dikenali sebagai Bib seorang gadis kampung yang naif dan lucu sering membina impian untuk menjadi kaya. Walaupun telah dinasihati oleh ibunya supaya menerima sahaja pekerjaan yang sedia ada tetapi kedegilan Bibah untuk menginginkan perkerjaan yang boleh memberikannya gaji yang lumayan menyebabkan dia terus menganggur.

Suatu hari, Bib mendapat poskad daripada London dan kiriman tersebut adalah daripada buah hatinya, Hakim. Hakim yang bakal pulang ke Malaysia membawa hajat yang besar, iaitu untuk meminang seorang gadis yang dikenalinya. Bib menyangkakan bahawa Hakim ingin meminangnya sehingga dia menolak lamaran Lokman (Ammar Titan) yang sangat menyukainya. Lebih malang lagi, Bib dikejutkan dengan kepulangan Hakim yang rupa-rupanya ingin meminta Bib untuk menjadi pengapit bakal isterinya, seorang wanita yang dikenalinya di London.
Bib kemudiannya bertemu semula dengan teman lamanya, Mira (Atikah Suhaime) yang sudah berubah menjadi lebih cantik dan kaya. Bibah mendapat tahu bahawa Mira menjadi kaya raya kerana dia telah berkahwin dengan seorang lelaki yang kaya. Mira mengajak Bib untuk melakukan pelaburan. Setelah dirayu-rayu oleh Bib, ibunya meminjamkan wang sebanyak RM2000 untuk pelaburan yang sebenarnya ingin digunakan oleh Bibah untuk membeli baju baharu, alat solek dan perhiasan dengan satu tujuan, iaitu untuk memikat lelaki kaya. Dia mengimpikan sebuah rumah besar yang punya kolam renang seperti yang dimiliki oleh sahabatnya, Mira.

Sekalipun tanpa kelulusan SPM yang baik, Bib sentiasa yakin dia pasti akan mencapai impiannya. Bib dicintai oleh Lokman, seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai pemandu lori. Walau bagaimanapun Lokman tidak menepati ciri-ciri lelaki impian Bib. Secara kebetulan Bib bertemu dengan peminatnya sewaktu darjah satu bernama Mikail. Namun pertemuan yang tidak disengajakan itu telah mencetuskan pergaduhan demi pergaduhan. Bib akhirnya meminta bantuan Mikail untuk mengenalkannya dengan mana-mana kawan Mikail yang berstatus kaya dan bujang. Mikail kemudian memperkenalkan Bib dengan Joeran. Setelah Joeran mula memberikan cinta, Mikail pula rasa bersalah dengan Joeran yang baik itu. Mikail memberitahu Joeran tentang impian Bib untuk jadi kaya dan hanya menggunakan Joeran untuk mencapai impiannya. Joeran mula menjauhkan diri. Tetapi tanpa disangka, Bib sebenarnya benar-benar jatuh cinta terhadap Joeran dan berusaha mendapatkan Joeran kembali.

Setelah melalui pelbagai rintangan, akhirnya Joeran ingin menoktahkan cintanya dengan perkahwinan. Bib bersetuju dengan syarat hantaran 50 ribu dan sebuah kolam renang dibina di hadapan rumah ibunya. Joeran bersetuju. Namun selepas Joeran memberikan 25 ribu, Bib tiba-tiba menghilangkan diri. Mikail menuduh Bib melarikan diri dengan wang pemberian Joeran. Namun segalanya terungkai apabila Bib rupanya terpaksa menggunakan wang itu sebagai pendahuluan untuk pembedahan jantung ibunya. Bib meminta maaf kepada Joeran. Dia sanggup kehilangan Joeran, sanggup melupakan impiannya untuk menjadi kaya demi kasihnya terhadap ibu. Joeran akhirnya menerima cinta Bib semula. Tidak cukup dengan itu, Joeran telah membayar keseluruhan kos pembedahan ibu Bib. Impian Bib untuk menjadi kaya, tinggal di rumah besar yang punya kolam renang akhirnya menjadi realiti.

KAU, AKU, KITA (1 - 13 TAMAT)

0
0
KAU, AKU, KITA
EPISOD : 13 episod
TARIKH : 28 Oktober 2015
HARI: Rabu & Khamis,
MASA: 9.00 malam
SIARAN : Slot Lestary TV3
NOVELIS : Orkid Edyliyne
PELAKON : Syarul Ridzwan, Janna Nick, Isey Fazlisham, Adeline Tsen, Tunku Hanis, Hafidz Roshdi, Shamsul Ghau Ghau, Kay Maria




DOWNLOAD KAU, AKU, KITA (1 - 13 TAMAT)
Kau Aku Kita Episod 01 = DOWNLOAD
Kau Aku Kita Episod 02 = DOWNLOAD
Kau Aku Kita Episod 03 =
Kau Aku Kita Episod 04 =
Kau Aku Kita Episod 05 =
Kau Aku Kita Episod 06 =
Kau Aku Kita Episod 07 =
Kau Aku Kita Episod 08 =
Kau Aku Kita Episod 09 =
Kau Aku Kita Episod 10 =
Kau Aku Kita Episod 11 =
Kau Aku Kita Episod 12 =
Kau Aku Kita Episod 13 (TAMAT) =





SINOPSIS DRAMA KAU AKU KITA
Mingisahkan tentang dua karakter berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman (Janna Nick) manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus (Syarul Ridzwan). Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.

Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.

Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status.



Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru.

Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?

MEMORI CINTA SURAYA (1 - 148 TAMAT)

0
0
MEMORI CINTA SURAYA
EPISOD : 148 episod
TARIKH : 17 Ogos 2015
HARI: Isnin-Jumaat,
MASA: 6.30pm
SIARAN : Astro Mustika HD (134)  Astro Bella (133)
PELAKON : Hisyam Hamid, Anzalna Nasir, Afiq Muiz, Marisa Yasmin, Miera Leyana, Iqram Dinzly, Syafnida Shuhaimi, Kay Khydir, Nafiez Zaidi, Nazeera Sardi, Syuhaida Abraz, Arash Mohd, Watie Sadali, Kufrida, Zarynn Min, Riezman Khuzaimi, Liza Abdullah, Tunku Hanis, Mahmud Ali Bashah, Zila Bakarin, Farid Wari, Aleza Shadan







DOWNLOAD MEMORI CINTA SURAYA (1 - 148 TAMAT)
Memori Cinta Suraya Episode 01 = DOWNLOAD
Memori Cinta Suraya Episode 02 = DOWNLOAD
Memori Cinta Suraya Episode 03 = DOWNLOAD
Memori Cinta Suraya Episode 04 = DOWNLOAD
Memori Cinta Suraya Episode 05 = DOWNLOAD
Memori Cinta Suraya Episode 06 = DOWNLOAD
Memori Cinta Suraya Episode 07 = DOWNLOAD
Memori Cinta Suraya Episode 08 = DOWNLOAD
Memori Cinta Suraya Episode 09 = DOWNLOAD
Memori Cinta Suraya Episode 10 = DOWNLOAD
Memori Cinta Suraya Episode 11 = DOWNLOAD
Memori Cinta Suraya Episode 12 = DOWNLOAD
Memori Cinta Suraya Episode 13 = DOWNLOAD
Memori Cinta Suraya Episode 14 = DOWNLOAD
Memori Cinta Suraya Episode 15 = DOWNLOAD
Memori Cinta Suraya Episode 16 = DOWNLOAD
Memori Cinta Suraya Episode 17 =DOWNLOAD
Memori Cinta Suraya Episode 18 = DOWNLOAD
Memori Cinta Suraya Episode 19 = TONTON
Memori Cinta Suraya Episode 20 = TONTON
Memori Cinta Suraya Episode 21 =







SINOPSIS MEMORI CINTA SURAYA
Mengisahkan Suraya yang menjejaki semula cinta Rayyan yang sudah pulih ingatan. Rayyan merupakan seorang arkitek daripada sebuah keluarga yang kaya. Pesawat peribadinya terhempas di hutan namun dia bernasib baik dan telah diselamatkan oleh Suraya.
Akibat kemalangan itu, dia mempunyai amnesia dan tidak mengingati identitinya sendiri. Semenjak itu dia dijaga oleh Suraya. Mereka mula jatuh cinta dan berkahwin
Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah pada suatu ketika Rayyan menuju ke bandar. Rayyan mendapat semula ingatan lama beliau dan lupa tentang isterinya, Suraya. Sebaliknya, dia mengigati yang dia telah bertunang dengan Irina.












PENGALAMAN BELI RUMAH TERES (TIP DAN PANDUAN)

0
0
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan salam sejahtera,



Alhamdulillah, syukur... Memiliki rumah adalah impian setiap orang.. Aku juga mempunyai impian dan rumah idaman seperti yang ku angan2 sejak dari kecil.. kalau di ikut dari angan2 sememangnya rumah idaman mestilah seperti istana, mempunyai banyak bilik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan, kolam renang, taman bunga, gym, padang pemainan, temi tasik atau antai.. tapi itu hanya angan2. realitinya jika ingin memiliki rumah seharusnya kita memilih yang sesuai pada baget dan kewangan semasa kita.



TIP DAN PANDUAN MEMBELI RUMAH

Disini disimpulkan beberapa TIP dan PANDUAN yang harus korang ambik perhatian:
  1. Ada 10% tunai dari nilai rumah untuk deposit
    (sesetengah developer memberi discount pembayaran deposit)
  2. Sediakan tunai 4% dari nilai rumah untuk kos guaman dan duti setem
    (sesetengah bank menawarkan pinjaman termasuk dalam pinjaman rumah).
  3. harga Rumah mesti dalam syarat kelayaan gaji bersih korang dan pasangan korang
  4. Untuk pinjaman sedia ada (pinjaman peribadi, kad kredit), anda dah urus bayaran dengan baik dan tiada kelewatan.
  5. Jika berkerja tetap, status perkerjaan anda sudah tetap atau melebihi 6 bulan.
  6. Dokumen untuk permohonan pinjaman dan guaman lengkap.
  7. Mesti ada sedikit rekod pinjaman dan pembayaran bank
  8. Korang perlu bijak memilih rumah yang bersesuaian dengan bajet kewangan korang,
  9. Pastikan status rumah tersebut,Freehold ke Leasthold
  10. Korang perlu mencari lokasi rumah yang stategik, dekat dengan kemudahan awam, keselamatan, sekolah, berdekatan bandar dan tempat kerja
  11. Korang perlu menandatangani perjanjian pembelian rumah SnP, Korang dinasihatkan supaya meneliti terma-terma dalam surat tawaran tersebut.
  12. Pilih Bank yang menawarkan pinjaman yang interest terendah,Pilihlah yang islamik
  13. Pilih insurance rumah demi keselamatan rumah dan yang dapat mengurangkan beban ketika kita menghadapi ujian melibatkan rumah. pilihlah yang islamik atau takaful
  14. Korang perlu mencari peguam, Rujuk Peguam Yang Pakar Dalam Menguruskan Urusan Jual Beli Hartanah
  15. Korang dinasihati sentiasa melihat progress rumah yang sedang dibina, segala masalah boleh terus dirujuk pada developer, peguam dan bank
  16. Semua surat-surat, salinan-salinan surat dari pemaju, bank atau loyar failkan baik-baik untuk rujukan jika timbul satu-satu masalah kemudian hari.
  17. Sebagai Orang Islam, adalah wajib untuk para pembeli rumah menggunakan perkhidmatan keawangan Islam (Islamic finance) yang telah disediakan di setiap bank. Ini bagi mengelakkan kita daripada dihinggapi dengan dosa ‘riba’( dosa yang sangat besar di sisi islam) yang terdapat dalam sistem pinjaman konvensional. “Berkatilah rumah idaman anda dengan sumber yang halal lagi barkah



PENGALAMAN BELI RUMAH TERES SETINGKAT
Kami ingin berkongsi dengan korang pengalaman kami membeli rumah

14/09/14 - 27/4/2015 (BOOKING RUMAH )

  1. Kami mencari rumah idaman kami setelah selesai perkhawinan kami.  kami booking beberapa rumah..  
  2. mula2 booking rumah double storey di dengkil tetapi projek dibatalkan dan kami mendapat duit booking RM5000 kembali 
  3. kemudian awal April 2015 kami berjaya booking rumah SEMI D diteluk panglima garang hanya bermodalkan RM500, rumah ini telah menjadi rumah ke2 kami dan juga rumah yang kami pilih untuk didiami. 
  4. Pada 27/4/2014 kami booking RM500 rumah teres setingkat di rantau panjang, klang yang telah menjadi rumah pertama kami Dapatkan booking slip daripada agen atau pemaju. resit ini penting jika kita ingin membatalkan booking rumah tersebut. 
  5. Rumah teres ini dibeli kerana rumah Semi D yang kami beli kelihatan seperti projek gagal dan jika semi D tersebut berjalan kami rancang untuk menyewakan sahaja rumah teres ini..



28/4/2015 - 5/5/2015 (LENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN)
  1. Pihak developer iaitu HASIL MENANG SDN BHD telah melantik S Sejati Property Consulting untuk menguruskan segala urusan melibatkan pembelian rumah teres ini. 
  2. ssejati akan mewakili pihak developer untuk pengurusan mencari Loan bank dan lawyer, 
  3. maknanya kami tidak perlu mencari bank dan lawyer hanya perlu menyediakan beberapa dokumen penting untuk memudahkan urusan bank dan lawyer. 
  4. Dokemen yang diperlukan ialah
  • Slip gaji 3 bulan
  • penyata terbaru kwsp
  • bank statement
  • ic
  • Pengesahan jawatan dari majikan


5/5/2015 - 10/6/2015 (URUSAN SNP)
  1. Setelah penyerahan dokumen pada ssejati, pihak developer perlu menyiapkan Perjanjian Jual Beli atau Sales And Purchase Agreement (SNP) untuk kergunaan dan rujukan pihak bank dan lawyer
  2. Proses penyediaan perjanjian ini memerlukan tempoh yang agar lama kerana memerlukan maklumat detail projek perumahan tersebut
  3. Kami perlu membayar RM500 baki deposit semasa menandatangan SNP ini
  4. Dari maklumat SNP ini kami diberitahu akan mendapat Legal Fees and Stamp Duty untuk SNP secara percuma
  5. SNP juga menyediakan jadual progres rumah yang perlu pihak developer patuhi
  6. Kami juga diterangkan pelan dan layout keseluruhan rumah yang akan kami beli
  7. kami juga diterangakan spesifikasi rumah lengkap yang akan kami dapat
  8. Kami diberi salinan Jadual G (untuk landed house) di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966. salinan ini perlu kami simpan sebagai bukti dan dokumen penting untuk urusan kwsp dan sebagainya



21/5/2015 - 3/6/2015 (URUSAN LOAN BANK)
  1. Setelah pihak developer menyiapkan SNP, Barulah boleh kita hantan copy SNP ke pihak bank untuk rujukan detail projek rumah tersebut
  2. kami menanti 2 minggu dengan penuh sabar dan berharap ada bank yang sudi menerima pemohonan pinjaman rumah kami ini..
  3. kami mendapat berita gembira iaitu 2 bank bersedia untuk memberi kami pinjaman perumahan iaitu dari maybank islam dan bank muamalat..
  4. setelah berdoa dan berbincang . kami menyenaraikan pro dan konta antara bank2 ini dan kami memilih untuk membuat pinjaman dari maybank islam setelah melihat tawaran yang lebih menguntungkan kami. 
  5. Kami pilih bank yang menawarkan pakej terbaik, dari segi jumlah pinjaman, interest rate, tempoh bayaran balik, dan mengikut kaedah Islamik
  6.  loan yang diluluskan hanyalah 90% dari harga rumah 
  7. Loan kami juga termasuk dengan MRTT - Takaful Insuran untuk cover loan (wajib) 
  8. kami juga dimaklumkan perlu membayar Insuran kebakaran, kena bayar tahunan (yearly).
  9. kami perlu menandatangani pejanjian pinjaman setelah kami bersetuju segala syarat yang dinyatakan dalam letter offer bank tersebut.


30/6/2015 - 7/7/2015 (URUSAN LAWYER)
  1. Setelah urusan SNP dan Loan bank selesai kami perlu berjumpan lawyer bank untuk menandatangani borang perjanjian yang sangat banyak
  2. lawyer bank ini tidak sama dengan lawyer snp dan kami perlu membayar legal fee iaitu sebanyak rm6000++
  3. setelah perbincangan dengan pihak bank kami bersetuju untuk memasukkan legal fee ini kedalam pinjaman perumahan
  4. setelah berurusan dengan pihak lawyer kami mendapat discount 30% dari harga legal fee
  5. discount legal fee 30% ini tidaklah kami dapat secara cash tetapi dipontong ke dalam jumlah keseluruhan pinjaman rumah kami


1/7/2015 - 9/7/2015 (URUSAN KWSP)
  1. Kami terpaksa mengeluarkan duit KWSP kami untuk menampung duit deposit rumah sebanyak RM300000
  2. Pengeluaran KWSP dari akaun2, boleh dibuat untuk membeli rumah pertama atau rumah kedua dengan syarat sudah menjual rumah pertama.
  3. Jumlah duit yang boleh dikeluarkan dari akaun2 ialah perbezaan antara harga rumah dengan loan campur 10% dari harga rumah berbanding dengan jumlah simpanan dalam akaun2, dikira mana-mana yang terendah.



10/7/2015 (DOWNPAYMENT)
Setelah kami membayar booking fees, developer mengarahkan kami membayar downpayment sebanyak 10% dari harga jualan rumah iaitu RM30,000.00


OCT 2015 - SEKARANG (BAYARAN PROGRESS RUMAH)
  1. Apabila membuat pinjaman bank untuk membeli unit di dalam pembinaan, bank akan membuat bayaran kepada pemaju secara berfasa. Maka pembeli pun perlu membuat bayaran faedah atas pinjaman itu secara berfasa juga.
  2. Harus diingat, bayaran yang dibuat hanya untuk bayaran faedah sahaja, bukan prinsipal.
  3. Kita ambil contoh, katalah harga rumah tu rm200K mula-mula mungkin bayar dalam rm30 sahaja sebab baru kerja-kerja piling dilakukan. Selepas 5 bulan bayaran faedah mungkin naik ke RM 150 sebab struktur asas dah mula dibina. 4 bulan seterusnya mungkin naik RM 300 sebab dinding dah siap.setahun setengah kemudian, bayaran naik rm600 sebab mungkin dah siap pula kerja-kerja wiring dan begitulah seterusnya sehinggalah pembinaan 100% siap
  4. Progress interes bank
  5. OCT 2015 = RM330
    NOV 2015= RM340



JULAI 2015 - SEKARANG (PROGRESS RUMAH)
SEPTEMBAR 2015 - The foundation of the said building = 20%
OCTOBER 2015 - The structural framework of the said building = 35%
NOVEMBAR 2015 - the walls of the said building with door and window frame = 45%
DECEMBER 2015 - The roofing, electrical wiring, plumbing, gas piping, and cabling = 55%
JANUARY 2016 - The internal and external finishes including wall finishes = 65%
FEBRUARY 2016 - The sewerage work serving = 70%
MARCH 2016 - The drains serving = 75%
APRIL 2016 - The road serving = 80%
MAY 2016 - Water and electricity suply ready for connection = 92.5%
JUNE 2016 - MOT = 95%
JULY 2016




MAY 2015 (GAMBAR PROGRESS RUMAH)





OGOS 2015 (GAMBAR PROGRESS RUMAH)







TIP UNTUK PROGRESS AKAN DATANG
    1. Pemaju hendaklah menyiapkan rumah dan menyerahkan milikan kosong rumah tersebut kpd Pembeli dalam masa 24 bulan daripada tarikh SNP. Tarikh SNP tidak semestinya sama dgn tarikh pembeli t.tgn SNP ya..ia mungkin lewat sedikit drpd tarikh t.tgn SNP..biasanya tarikh SNP adalah tarikh dimana SNP tersebut dimati setem.

    2. Sekiranya Pemaju gagal menyiapkan dan menyerahkan milikan kosong rumah tersebut kpd Pembeli dlm tempoh 24 bulan dari tarikh SNP tersebut, Pemaju dikehendaki membayar gantirugi kelewatan kpd Pembeli pada kadar sepuluh peratus (10%) setahun daripada harga beli bermula dari tarikh sepatutnya penyerahan pemilikan kosong dibuat hingga tarikh sebenar Pembeli mengambil pemilikan kosong rumah tersebut. Dan bayaran gantirugi tersebut hendaklah dijelaskan oleh Pemaju kpd Pembeli pada masa penyerahan milikan kosong rumah tersebut dibuat.

    Perkara ini mungkin ramai yg terlepas pandang, dimana kebanyakan Pembeli tidak tahu pun mereka layak dibayar gantirugi kelewatan siap rumah oleh Pemaju. Bagi mereka yg tahu hak mereka pun biasanya tidak bertanyakan ttg bayaran gantirugi tersebut pada masa serahan milikan ksong dibuat sedangkan SNP jelas menyatakan yg Pemaju kena bayar bayaran denda lewat tersebut pd masa serahan milikan kosong dibuat, bukannya menunggu sehingga pembeli memfailkan tuntutan di Tribunal Pembeli rumah misalnya.

    3. Harus diingat, maksud serahan milikan kosong di atas itu tidak sama dgn serahan kunci rumah, ..di sini ramai orang komfius dan silap faham..So, kalau begitu apakah perbezaan di antara serahan milikan kosong dgn serahan kunci?Dengar sini baik2 apa yg sy akan terangkan.

    Serahan kunci beerti pemaju hanya menyerahkan kunci rumah sahaja kpd pembeli sedangkan serahan milikan kosong membawa maksud Pemaju menyerahkan kunci rumah bersekali dengan hak untuk mendiami rumah tersebut. Jadi, kunci rumah mungkin boleh diserah oleh pemaju kpd pembeli pada bila2 masa dgn syarat rumah tersebut tlh dipasang pintunya, he..he..,

    tetapi milikan kosong hanya diserahkan selepas rumah tersebut siap dibina dgn sempurna, dan setelah mendapat pengesahan drpd Arkitek yg rumah tersebut telah siap dibina dgn sempurna, disamping Pemaju atau wakil pemaju telah memohon untuk pengeluaran CFO (sekarang dipanggil CCC). Ertinya, kalau setakat serah kunci tp pembeli masih tak boleh nak duduk rumah tersebut kerana belum dapat CFO, maka itu bukanlah penyerahan milikan kosong sebenar sbgaiman yg disyaratkan dlm SNP.

    4. Selepas milikan kosong diserahkan kpd Pembeli, Pembeli mempunyai tempoh liability kecacatan (bahasa mudahnya dipanggil tempoh warranty) selama 24 bulan. Dlm tempoh tersebut sebarang kerosakan rumah yg disebabkan oleh mutu ketukangan, atau bahan2 yg digunakan, atau sekiranya kerosakan disebabkan Pemaju tak ikut spesifikasi atau pelan bangunan yg telah diluluskan, maka Pembeli boleh hantar notis aduan secara bertulis kpd Pemaju memaklumkan ttg kerosakan tersebut.

    Dan sebaik sahaja menerima notis aduan tersebut, Pemaju dikehendaki memperbaiki segala kerosakan rumah tersebut dlm tempoh masa 30 hari drpd tarikh terima notis aduan. Sekiranya gagal, Pembeli boleh lantik kontraktor atau tukang mereka sendiri untuk membaiki kerosakan tersebut, dgn syarat kontraktor yg dilantik kena bagi satu sebut harga kpd Pemaju ttg kos pembaikan kerosakan tersebut dan bagi peluang sekali lagi kpd Pemaju utk baiki kerosakan tersebut dlm masa 14 hari..sekiranya Pemaju masih tak baiki kerosakan tersebut, maka bolehlah kontraktor yg dilantik itu membaiki kerosakan tersebut dan segala kos pembaikan boleh dituntut drpd wang pertaruhan (retention money) yg dipegang oleh Peguam.

    5. Satu perkara yg anda harus tahu, dlm SNP standard ini, tiada Klausa yg membolehkan Pembeli menamatkan perjanjian jual beli akibat kelewatan Pemaju menyiapkan rumah atau keingkaran Pemaju mematuhi syarat2 atau terma2 dlm SNP dan sebagainya , tetapi sebaliknya di pihak Pemaju mereka boleh membatalkan perjanjian jual beli sekiranya pembeli gagal membayar harga jual beli dalam tempoh masa yang ditetapkan.

    Ertinya, kalau Pemaju lewat siap rumah atau gagal mematuhi syarat2 yg ditetapkan dlm SNP Pembeli tidak boleh membatalkan perjanjian tersebut, tetapi mereka boleh menuntut gantirugi drpd Pemaju sebagaimana yg saya nyatakan di atas, itupun setelah rumah tersebut siap dibina sepenuhnya dan milikan kosong telah diserahkan kpd Pembeli.

    Jadi, bagaimana pula keadaannya kalau rumah tersebut tak siap2 atau terbengkalai terus?? Apakah hak Pembeli?? Setakat ini sebenarnya masih terdapat kelompongan (loopholes) yg nyata dlm SNP ttg perkara tersebut, bahkan dalam Akta Pemajuan Perumahan itu sendiri masih tidak jelas ttg apakah hak2 pembeli sekiranya sesuatu projek perumahan itu terbengkalai..

    Setahu saya, setakat ini masih belum ada jln penyelesaian yg jelas ttg isu ini. Sy pun tak pasti bagaimana kerajaan melihat isu ini dan bilakah satu klausa yg khusus akan dimasukkan kedalam standard SNP tersebut utk memberikan hak kpd Pembeli untuk menamatkan perjanjian sekiranya di dapati Pemaju ingkar..kerana isu ini melibatkan soal politik jua..Inilah sebenarnya yg harus diketahui oleh Pembeli2 rumah sekalian…

    Tetapi sebaliknya, jika Pembeli pula yang ingkar utk menjelaskan bayaran harga jual beli dlm tempoh masa yg ditetapkan, Pemaju berhak untuk menamatkan SNP tersebut. Kesan penamatan tersebut adalah, pemaju boleh melucutkan (forfeit) 10% daripada harga jual beli yg telah dijelaskan oleh Pembeli dan bakinya (sekiranya ada) hendaklah dikembalikan kepada pembeli. Anda mungkin merasakan ini tidak adil bukan?? Tetapi sedarkah anda itulah reality sebenar agreement jual beli rumah yg anda t.tgn selama ini..He..he..he..

    6. Selain drpd Pemaju boleh membatalkan perjanjian sekiranya Pembeli lewat menjelaskan bayaran harga jual beli, Pemaju juga boleh mengenakan faedah lewat bayar sebanyak 10% setahun, (dikira dari hari kehari) kpd Pembeli, sekiranya bayarn tuntutan progress gagal dijelaskan oleh Pembeli/ Bank kpd Pemaju dlm tempoh masa 21 hari bekerja drpd tarikh notis tuntutan pembayaran diterima..

    Ertinya, kalau sekiranya Pembeli lewat bayar harga jual beli disebabkan bank pembeli yg lewat buat bayaran misalnya, maka Pembeli boleh dikenakan faedah lewat bayar oleh Pemaju..melainkan kelewatan tersebut disebabkan oleh kecuaian Pemaju sendiri spt dokumen utk tuntutan bayaran progress tidak lengkap dan sebagainya. Maka nasihat sy dlm keadaan ini, elok juga pembeli dpt follow up juga dgn bank supaya dibuat byrn tuntutan dlm tempoh 21 hari bekerja, kerana jika bank anda lewat buat bayaran, anda yg akan dikenakan charge interest oleh pemaju..

    7. Pemaju hendaklah membuat pindah milik rumah tersebut kepada pembeli sebaik sahaja pembeli telah menjelaskan keseluruhan harga jual beli. Ini bagi kes pembeli yg bayar secara cash. Adapun bagi Pembeli yg bayar secara pinjaman, Surat Akujanji atau Surat Kelulusan Pinjaman yang dikeluarkan oleh Bank/ Pembiaya boleh dijadikan sandaran untuk Pemaju membuat p.milik rumah tersebut kpd Pembeli, walaupun keseluruhan jumlah pinjaman tersebut masih belum dijelaskan sepenuhnya oleh Pembeli..ini kerana secara praktikalnya, bank/ pembiaya tidak akan melepaskan pinjaman tersebut kpd Pemaju selagi mana rumah tersebut belum digadaikan kpd bank/ pembiaya. Untuk membolehkan gadaian didaftarkan, pindah milik harus dibuat terlebih dahulu.

    MERAH GAUN PENGANTIN (TV1)

    0
    0
    MERAH GAUN PENGANTIN
    EPISOD : 13 episod
    TARIKH : 12 November 2015
    HARI: Isnin-Khamis,
    MASA: 3.05 petang
    SIARAN : Slot Bidadari TV1 (RTM)
    PELAKON : Nad Zainal, Fazreen Rafi, Syafiq Kyle, Felisha Crossley, Syed Ali, Faye Kusairi, Mimi Ernida, Raja Ema, Mubarak Majid, Mubarak Majid, Norlia Ghani, Rahhim Omar, Nor Albaniah




    SINOPSIS MERAH GAUN PENGANTIN
    Mengangkat watak Almy, gadis kampung yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di ibu kota. Dia bercita-cita untuk membuka syarikat perunding perkahwinan suatu hari nanti. Almy menumpang rumah mak saudaranya, Datin Maimon yang hidup mewah tetapi sangat merendah diri dan tidak berlagak sombong, begitu juga dengan suaminya, Dato Alias. Mereka melayan Almy dengan begitu baik apatahlagi mereka tidak memiliki anak sendiri.

    Pada hari pertama Almy menjejakkan kaki ke ibu kota, Datin Maimon telah berusaha untuk mengubah penampilan Almy supaya lebih moden, sesuai dengan kehidupan remaja di bandar. Almy lebih senang berdikari sendiri untuk ke kolej dengan menaiki bas dari menaiki kereta mewah.

    Suatu hari ketika mengejar bas untuk ke kolej, dia hampir dilanggar oleh Heykal yang menaiki kereta mewah bersama ibunya, Datin Balqis. Almy di marah oleh Heykal tapi ditenangkan oleh Datin Balqis. Almy sakit hati dengan perangai berlagak Heykal yang tidak tahu minta maaf dan ego. Sikap Almy yang baik hati amat di senangi oleh rakan-rakannya terutamanya Faisal yang menaruh hati dalam diam pada Almy.

    Nadia seringkali bercakap tentang Faisal yang dianggap sering menjadi tumpuan murid-murid perempuan dalam kolej. Akhirnya Nadia, Almy dan Faisal menjadi satu kumpulan untuk menyiapkan beberapa projek kolej. Hubungan mereka menjadi rapat kerana masing-masing mempunyai kebolehan tersendiri. Ketika Almy balik dari kolej, dia telah bertembung dengan Datin Balqis. Mereka berdua kemudiannya mula menjadi sahabat baik apabila mengetahui bahawa Almy berbakat sebagai jururunding perkahwinan. Almy yang jujur telah menceritakan siapa dirinya yang sebenar sebelum datang ke ibu kota.

    Faisal menyatakan perasaannya terhadap Almy pada Nadia. Tapi Nadia tersalah sangka. Dia sangkakan Faisal jatuh cinta padanya. Hakikatnya Faisal menggunakan Nadia sebagai orang tengah. Mereka saling berjalan bertiga, ini membuatkan Nadia sangkakan Faisal benar-benar menyayanginya. Mereka bertiga bercadang untuk membuka kedai perunding perkahwinan setelah tamat pengajian kelak. Faisal memang mahir dengan kamera foto kesayangannya, suka megambil berbagai gambar. Nadia pandai mereka cipta pakaian gaun pengantin sementara Almy bijak dalam soal pemasaran. Fasial memberanikan diri meluahkan perasaannya yang sebenar tapi Almy tidak mahu melayan. Dia anggap Faisal hanya bergurau kerana memang itu sifatnya semasa di kolej, semua orang tahu.

    Sementara itu Dato’ Bahar kecewa dengan sikap Heykal yang masih tidak membuat persediaan majlis perkahwinannya dengan Suzie yang tinggal tidak berapa bulan saja lagi. Perkahwinan ini penting untuk perniagaan mereka. Datin Balqis serba salah, sejak awal lagi dia tidak berapa setuju dengan rancangan perkawinan ini tetapi tidak berani menentang. Heykal kecewa dengan pilihan ayahnya kerana dia kenal sangat siapa Suzie sebelum ini.

    Suzie jadikan Heykal seperti pelabuhan, sesuka dia datang dia akan datang, bila bosan dia akan pergi bersama orang lain. Datin Balqis sendiri sudah jemu dengan sikap keanak-anakan Suzie. Datin Balqis selalu memujuk Heykal supaya bersabar sajalah dan terima saja apa pilihan ayahnya demi masa depan keluarga mereka.
    Datin Balqis menawarkan Almy menjadi perunding perkahwinan untuk Heykal dengan Suzie. Pada mulanya Almy menolak tetapi akhinya dia berubah fikiran dengan galakan yang diberikan Faisal dan Nadia. Heykal menyesal dengan sikap sombongnya terhadap Almy dan menghantar bunga untuk memujuk Almy. Mereka kemudiannya saling berhubung membincangkan majlis perkahwinan Heykal. Mereka selalu bertemu dan hubungan mereka bertambah rapat. Heykal mula jatuh cinta pada Almy dalam diam. Sehari tidak bertemu dan mendengar suara Almy, dia mula menjadi rindu.

    Sementara itu, Almy kian rapat dengan Faisal semenjak mengendalikan perancangan perkahwinan Heykal. Mereka sama-sama merindui tetapi takut meluahkan perasaan, bimbang persahabatan mereka akan putus. Almy takut mengakui perasaan cintanya pada Faisal kerana dia tahu, Nadia amat menyintai Faisal dalam diam. Begitu juga dengan Faisal yang mula menyintai Almy. Mereka hanya meluahkan apa yang terbuku melalui ruang chatting FB secara bergurau. Masing-masing tidak mampu meluahkan perasaan secara berhadapan.

    Namun siapakah jejaka yang menjadi pilihan Almy? Bagaimana pula dengan cita-cita mereka mahu membuka perniagaan bersama? Ikuti kesudahannya hanya di TV1.

    ALIF IMANI (TV9)

    0
    0
    ALIF IMANI
    EPISOD :
    TARIKH : Oktober 2015
    SLOT: Ratu TV9
    PELAKON : Ummi Nazeera, Fezrul Khan Junaidi, Amar Baharin, Fasha Sandha, Shakilla Khoriri, Raja Ema, Fazlina Ahmad Daud, Adik Amanda Hariz, Emma Akma, Aripah Damanhuri, Rashid Jaafar, Afique Hussain, Faiez Affandi, Sasqia Dahuri







    SINOPSIS ALIF IMANI
    Alif Imani mengisahkan mengenai, Imani (Ummi Nazeera), gadis yang dibesarkan di rumah anak yatim mula mendapat sinar bahagia apabila dia diambil Suri (Fasha Sandha) untuk menjadi sebahagian daripada keluarganya. Suri, sudah berkahwin dengan Alif (Fezrul Khan) mula dirundung duka apabila disahkan menghidap penyakit jantung yang serius.



    Kerana tahu hidupnya bila-bila saja boleh terhenti, Suri perangkap Imani dan Alif agar mereka bernikah. Imani dan Alif telah ditangkap basah, Suri meluahkan keizinannya agar Alif bernikah dengan Imani, mereka berdua terpaku tidak percaya dengan permintaan Suri. Aliff menolak kerana dia tidak mahu melukakan Suri dan tidak cintakan Imani. Imani juga tidak mahu menikah dengan suami kakak angkat yang amat disayanginya itu.

    Biarpun dia anak yatim, dia berhak untuk memilih hidup sendiri. Tapi nasihat daripada Suri merelakan perkongsian kasih mereka, membuatkan Imani tidak berdaya lagi menolak permintaan Suri. Dua bulan perkahwinan, Imani dan Alif merupakan waktu paling terseksa bagi Imani.

    Alif melayannya bagaikan sampah, menghinanya setiap kali balik ke rumah dan langsung tidak menyentuhnya. Alif menuduh Imani sengaja memerangkapnya kerana cemburu dengan Suri dan mahu mengikis hartanya. Alif sengaja melakukan pelbagai perkara untuk menyakitkan hati Imani tetapi Imani tetap taat dan akur sehinggalah satu hari dia tekad untuk melarikan diri setelah permintaan untuk diceraikan Alif tidak ditunaikan. Sehinggalah Alif mengetahui kebenaran daripada Suri sendiri, yang mahu Imani mengganti tempatnya untuk menjaga Zurin, satu-satunya anak mereka.

    Alif kesal dengan sikapnya yang kejam terhadap Imani yang ternyata tidak bersalah. Alif cuba untuk mencari Imani tetapi gagal mengesannya lebih-lebih lagi apabila terpaksa menjaga Suri hinggalah setahun kemudian Suri meninggal dunia. Kerana dua wanita itu, Alif hidup menderita selama tiga tahun. Selama itu jugalah dia mencari Imani tapi hampa.

    Tiga tahun berlalu, Imani bersyukur setelah tamat pengajian, dia ditawarkan untuk berkerja disebuah butik miilik Dato’ Rohani. Perwatakan manis Imani yang sentiasa tenang dan tersenyum telah mencuri hati Rafiq (Amar Baharin), yang juga anak kepada Dato’ Rohani. Rafiq telah beberapa kali melamar Imani tetapi Imani memberi alasan yang dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki.

    Bukan dia tidak terpikat dengan ketampanan dan kebaikan Rafiq, cuma hatinya masih terikat dengan Alif kerana dia masih isteri Alif. Adakah Imani perlu mengorban rasa cintanya terhadap Rafiq sekali lagi dek kerana kisah silamnya bersama Alif?


    SAYAP JIBRIL (DOWNLOAD)

    0
    0
    SAYAP JIBRIL
    EPISOD : 13 episod
    MULAI  6 November 2015,
    HARI: Jumaat,
    MASA 7.30 malam
    SIARAN : Astro Oasis 106 dan Astro Maya HD 135
    PELAKON : Zahiril Adzim, Beto Kusyairy, Sari Yanti, Syafie Naswip, Mia Ahmad, Uqasha Senrose Amar Baharin, Zalfa Zin, Fikhree Bakar, Amerul Affendi, Nabila Huda, Syed Ali, Syarul Ridwan, Zarina AF, Pak Hamid Gurkha, Hisyam Hamid, Mak Mah, Amyra Rosli, Zaidi Omar, Kuza, Nasir Bilal Khan, Fauziah Nawi, Ruminah Sidek





    DOWNLOAD SAYAP JIBRIL
    Sayap Jibril Episod 01 = DOWNLOAD
    Sayap Jibril Episod 02 = TONTON
    Sayap Jibril Episod 03 = TONTON
    Sayap Jibril Episod 04 =
    Sayap Jibril Episod 05 =
    Sayap Jibril Episod 06 =
    Sayap Jibril Episod 07 =
    Sayap Jibril Episod 08 =
    Sayap Jibril Episod 09 =
    Sayap Jibril Episod 10 =
    Sayap Jibril Episod 11 =
    Sayap Jibril Episod 12 =
    Sayap Jibril Episod 13 =






    DOWNLOAD SAYAP JIBRIL
    Mengisahkan tentang Ustaz Muhammad Rayhan, seorang yang cacat penglihatan tetapi mempunyai kelebihan iaitu dia sering didatangi mimpi yang menjadi petanda seseorang sedang nazak dan memerlukan pertolongan. Setiap episod, Ustaz Raihan akan bermusafir menemui mereka-mereka yang sedang nazak dan membantu mempermudahkan mereka berhadapan dengan Sakaratul Maut.

    ABANG SADO JEMUR KAIN (DOWNLOAD)

    0
    0
    ABANG SADO JEMUR KAIN
    EPISOD : 20 episod
    MULAI:  : 16 November 2015,
    HARI: Isnin-Khamis,
    MASA: 6.30 petang
    SIARAN : Slot Iris TV3
    PELAKON : Shah Jaszle, Cat Farish, Ammar Alfian, Janna Nick, Azlan Mokhtar (Lan Siro), Idris Khan, Afzan Rahman, Kartina Aziz, Kay Maria, Fiza Halim, Keena Mentor




    DOWNLOAD ABANG SADO JEMUR KAIN
    Abang Sado jemur Kain Episod 01 = DOWNLOAD
    Abang Sado jemur Kain Episod 02 = DOWNLOAD
    Abang Sado jemur Kain Episod 03 =  DOWNLOAD
    Abang Sado jemur Kain Episod 04 = TONTON
    Abang Sado jemur Kain Episod 05 = TONTON
    Abang Sado jemur Kain Episod 06 = TONTON
    Abang Sado jemur Kain Episod 07 =
    Abang Sado jemur Kain Episod 08 =
    Abang Sado jemur Kain Episod 09 =
    Abang Sado jemur Kain Episod 10 =
    Abang Sado jemur Kain Episod 11 =
    Abang Sado jemur Kain Episod 12 =
    Abang Sado jemur Kain Episod 13 =






    SINOPSIS ABANG SADI JEMUR KAIN
    Mengisahkan Marzuki (Shah Jaszle), Budin dan Riduan (Cat Farish dan Lan Siro) yang telah membuka tempat penjagaan haiwan. Satu hari, kedai haiwan Marzuki didatangi seorang wanita Cina yang kelihatan sedih mengadu kucingnya mati dan meminta bantuan Marzuki untuk menguburkan kucingnya. Marzuki bersimpati lalu membantu wanita itu.

    Pada sebelah malam ketika dalam perjalan ke rumah, Marzuki bertembung dengan sekumpulan pemuda yang sedang membelasah seorang lelaki. Marzuki mengenali lelaki yang dibelasah itu sebagai Idrus lalu membantu menyelamatkanya. Menurut Idrus, budak-budak itu yang memukulnya itu adalah samseng jalanan yang mencuba untuk merompaknya.
    Setibanya dirumahnya, Marzuki disambut oleh isteri tercinta bernama Elyana (Janna Nick) dan anak lelakinya Amir. Marzuki berasa amat bertuah kerana mempunyai keluarga yang bahagia. Ibu mertuanya, Mariam (Kartina Aziz) juga turut menjaga kebajikan anak menantunya dengan menyediakan makan malam. Ketika mereka sedang beristirehat bersama keluarga, Marzuki dikejutkan dengan satu panggilan. Ianya adalah daripada kawannya Dino, yang sedang dalam bahaya. Marzuki bergegas keluar dari rumah untuk membantu kawannya dan ini membuatkan hati ibu mertuanya tidak keruan.


    Sebaik sahaja Marzuki hendak keluar rumah, Mariam berasa curiga terus bertanya kepada menantunya. Mariam tahu tentang kisah silam Marzuki yang merupakan bekas samseng. Marzuki berkeras menyangkal tuduhan Mariam.

    Apabila berjumpa Dino, dia menceritakan kepada Marzuki yang dia telah diancam oleh sekumpulan samseng kerana tersalah mengurat wanita yang merupakan isteri kedua seorang ketua kumpulan samseng. Dino kecewa apabila Marzuki tidak dapat membantunya kerana dia telah bersara daripada menjadi samseng.

    Bagaimana Dino ingin menyelamatkan diri sendiri? Adakah Dino berjaya memujuk Marzuki untuk menyelamatkannya daripada kumpulan samseng yang mengejarnya itu?


    AKULAH BALQIS (1 - 24 TAMAT)

    0
    0
    AKULAH BALQIS
    EPISOD : 24 episod
    TARIKH / MASA : 18 November 2015 (Isnin-Khamis, 7.02 petang)
    SIARAN : Slot Akasia TV3
    PELAKON : Puteri Balqis Azizi, Aeril Zafrel, Nabila Huda, Nazim Othman, Nadia Brian, Puteri Aishah, Nabilah Dally, Fazlina Ahmad Daud, Amai Kamarudin, Anne Abdullah, Mohd Benladin, Balkisyh Semundur Khan, Zulkifli Ismail, Aziza Kazan








    DOWNLOAD AKULAH BALQIS
    Akulah Balqis Episod 01 = DOWNLOAD
    Akulah Balqis Episod 02 = DOWNLOAD
    Akulah Balqis Episod 03 = DOWNLOAD
    Akulah Balqis Episod 04 = DOWNLOAD
    Akulah Balqis Episod 05 =
    Akulah Balqis Episod 06 =
    Akulah Balqis Episod 07 =
    Akulah Balqis Episod 08 =
    Akulah Balqis Episod 09 =
    Akulah Balqis Episod 10 =
    Akulah Balqis Episod 11 =
    Akulah Balqis Episod 12 =
    Akulah Balqis Episod 13 =







    SINOPSIS AKULAH BALQIS
    Mengisahkan tentang kanak-kanak bernama Balqis (Puteri Balqis), yang meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kedua orang tua yang lalai dengan tanggungjawab untuk membesarkannya. Gadis seusianya mungkin sedang bermain-main dengan riang tanpa perlu risau memikirkan bagaimana mereka perlu merancang perjalanan untuk meneruskan hidup.
    Berlainan dengan Balqis, dia perlu mengorbankan zaman kanak-kanaknya untuk mencorak kehidupannya sendiri, terumbang ambing tanpa bimbingan ibu bapa. Kedua ibu bapanya, Yamin (Aeril Zafrel) dan Seri (Nabila Huda) sibuk mencari pekerjaan setelah syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis. Seri juga mula bekerja untuk membantu Yamin dan mengabaikan Balqis. Balqis terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya ke sekolah.
    Kerana tertekan dengan desakan hidup, Yamin mula terlibat dengan dadah setelah mereka tinggal di rumah kawan baiknya, Zali (Kamal Kamarudin), seorang pemuzik di kelab malam. Kerana ketagihan dadah, wang yang diperolehi Yamin dengan bekerja sambilan sering tidak mencukupi. Ketagihan Yamin akhirnya turut mempengaruhi Seri yang kemudiannya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah menyebabkan Balkis hilang tempat bergantung. Zali pula tidak sanggup untuk menjaga Balqis dan mahu menghantar Balqis ke rumah kebajikan masyarakat. Balqis melarikan diri dan hidupnya semakin melarat apabila terpaksa merempat di jalanan.

    Muncul pula Milda (Nadia Brian), seorang model terkenal yang seringkali bermimpi mengenai Balqis tanpa dia sendiri mengenali anak kecil itu. Suatu hari, mimpi Milda menjadi nyata apabila dia telah melanggar Balqis sama seperti di dalam mimpinya. Kerana itu juga, Balqis dibawa pulang oleh Adi (Nazim Othman), suami kepada Milda yang kasihan dengan nasib Balqis.


    Pada awalnya, Milda tidak menyenangi kehadiran Balqis dalam keluarga mereka. Berbeza dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri. Adi merasa senang dengan kehadiran Balqis dan mereka menjadi semakin akrab. Adi memang menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda. Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis.

    Tiba-tiba, satu hari Yamin dan Seri muncul di depan pintu rumah Adi. Milda dan Adi tidak sanggup menyerahkan semula Balqis kepada ibu bapa kandungnya itu. Adi dan Milda takut kehilangan Balqis dan membuat keputusan untuk melarikan Balqis dari ditemui oleh ibu bapa kandungnya.

    Bagaimanakah kesudahan hidup Balqis? Berjayakah Yamin dan Seri menemui Balqis dan menebus kesalahan kerana membiarkan satu-satunya zuriat mereka hidup merana?

    TERSUKA TANPA SENGAJA (1 - 16 TAMAT)

    0
    0
    TERSUKA TANPA SENGAJA
    EPISOD : 16 episod
    TARIKH : 7 Disember 2015
    HARI: Isnin-Khamis,
    MASA: 10.00 malam
    SIARAN : Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123)
    PELAKON : Amar Baharin, Emma Maembong, Amyra Rosli, Hafreez Adam, Yusri Saleh, Nor Azifah Abidin, Adik Mirza Adam, Natasha Elyzza, Kuza, Watie Sadali, Azri Iskandar, Ajeera Rosli, Faye Kusairi, Michael Ang






    DOWNLOAD TERSUKA TANPA SENGAJA (1 - 16 TAMAT)
    Tersuka Tanpa Sengaja Episod 01 = DOWNLOAD
    Tersuka Tanpa Sengaja Episod 02 = DOWNLOAD
    Tersuka Tanpa Sengaja Episod 03 = DOWNLOAD
    Tersuka Tanpa Sengaja Episod 04 = DOWNLOAD
    Tersuka Tanpa Sengaja Episod 05 = DOWNLOAD
    Tersuka Tanpa Sengaja Episod 06 = DOWNLOAD
    Tersuka Tanpa Sengaja Episod 07 =
    Tersuka Tanpa Sengaja Episod 08 =
    Tersuka Tanpa Sengaja Episod 09 =
    Tersuka Tanpa Sengaja Episod 10 =
    Tersuka Tanpa Sengaja Episod 11 =
    Tersuka Tanpa Sengaja Episod 12 =
    Tersuka Tanpa Sengaja Episod 13 =
    Tersuka Tanpa Sengaja Episod 14 =
    Tersuka Tanpa Sengaja Episod 15 =
    Tersuka Tanpa Sengaja Episod 16 (TAMAT) =





    SINOPSIS TERSUKA TANPA SENGAJA

    Kerana perselisihan pendapat dan merasakan dirinya disisihkan si ayah, Farhah meninggalkan rumah dan kekayaan untuk berdikari atas kaki sendiri. Ayahnya hanya mementingkan adik tirinya, Katrina tetapi si ibu tiri sentiasa mengambil tahu akan dirinya. Lebih menyakitkan hati apabila si ayah ingin menjodohkan dirinya dengan doktor yang menjaga ibu tirinya yang sedang sakit. Penolakan Farhah membuatkan si ayah mengatur rancangan untuk menjodohkan doktor tersebut dengan Katrina tetapi dipandang sepi Katrina.

    Pertemuan pertama dengan Syed Arif bukanlah sebaik mana kerana mereka berselisih pendapat mengenai orang kaya dan orang biasa. Perbezaan pendapat antara mereka menarik perhatian Arif, Arif meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya dan akhirnya Arif melamar Farhah atas permintaan si ibu. Asalnya Farhah menolak kerana mereka berdua tidak mencintai sesama sendiri tetapi akhirnya menerima kerana tidak mahu berkahwin dengan sepupunya yang mencintainya dalam diam, Hakim. Kerana marah, ayahnya menolak menjadi walinya dan Farhah berkahwin dengan Arif tidak berwalikan ayahnya. Kedua mereka memberi peluang untuk belajar mencintai diri sendiri dan perasaan cinta perlahan-lahan hadir dalam diri masing-masing. Dugaan melanda, Arif calon menantu pilihan ayah Farhah memperkenalkan Katrina kepada Arif. Namun hati Arif telah mati untuk Katrina kerana sebelum ini cintanya dipandang sepi oleh Katrina. Arif memberitahu Datuk Ahmad Alias bahawa dia telah berkahwin dan Katrina tidak dapat menerima.

    Setelah mengetahui bahawa kakak tirinya merupakan isteri Arif, Katrina cuba untuk memecah belahkan rumah tangga mereka. Rancangannya hampir berjaya tetapi Arif menerangkan segala sejarah dirinya dengan Katrina dan betapa sekarang cintanya hanya untuk Farhah. Kebahagiaan mereka terganggu seketika setelah Arif mendapat tahu siapa diri Farhah yang sebenar. Setelah mendapat penjelasan Farhah, Arif merasakan dia bertanggungjawab untuk menyatukan kedua anak dan ayah. Setelah mempertemukan mereka, Datuk Ahmad Alias gembira kerana perancangan untuk menjadikan Doktor Syed Arif menantunya tercapai tetapi dia terkilan kerana tidak mewalikan pernikahan anaknya. Katrina cuba untuk membunuh diri tetapi Armand (kawan Ariff) menegur kesalahannya. Akhirnya Katrina memahami dan terjalinlah kisah antara dia dan Armand. Akhirnya mereka semua hidup berbahagia.

    CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU (1 - 13 TAMAT)

    0
    0
    CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU
    EPISOD : 13 episod
    TARIKH :
    SLOT: Lestary TV3
    NOVELIS: Airisz
    PELAKON : Zahirah Macwilson, Shukri Yahaya, Shah Iskandar, Puteri Aishah, Dato' Eizlan Yusof , Aleeza Shadan, Aida Khaleeda, Sherry Al Hadad, Zulin Aziz




    DOWNLOAD CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU (1 - 13 TAMAT)
    Cik Cinderella dan Encik Tengku Episod 01 = DOWNLOAD
    Cik Cinderella dan Encik Tengku Episod 02 = DOWNLOAD
    Cik Cinderella dan Encik Tengku Episod 03 = DOWNLOAD
    Cik Cinderella dan Encik Tengku Episod 04 = DOWNLOAD
    Cik Cinderella dan Encik Tengku Episod 05 =DOWNLOAD
    Cik Cinderella dan Encik Tengku Episod 06 = DOWNLOAD
    Cik Cinderella dan Encik Tengku Episod 07 =DOWNLOAD
    Cik Cinderella dan Encik Tengku Episod 08 = DOWNLOAD
    Cik Cinderella dan Encik Tengku Episod 09 =
    Cik Cinderella dan Encik Tengku Episod 10 =
    Cik Cinderella dan Encik Tengku Episod 11 =
    Cik Cinderella dan Encik Tengku Episod 12 =
    Cik Cinderella dan Encik Tengku Episod 13 (TAMAT) =




    SINOPSIS CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU
    Mengisahkan Puteri Nuraisha yang kehidupannya bersama keluarga yang seakan meminggirkannya, Puteri mempunyai seorang ibu tiri dan kakak tiri, Puteri sering terasa terpinggir akan layanan ayahnya yangg sering melebihkan kakak tirinya iaitu Sha. Puteri mempunyai seorang kekasih yang bernama Ashraf, seorang lelaki yang sering mengharapkan wang perempuan. Kehidupan Ashraf yang sering dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri, membuatkan perasaan Puteri terhadap Ashraf semakin pudar tatkala Ashraf yang sering meminjam wang tanpa membayarnya semula, semakin hari sikap Ashraf semakin membuatkan Puteri semakin bosan, perkenalan Puteri dengan Daniel yang dikatakan mempunyai raut wajah yang elok membuatkannya semakin jauh hati dengan Ashraf.

    Sedikit demi sedikit Puteri telah jatuh cinta terhadap Daniel dalam diam, dengan sikap Daniel yang sangat menyenangkan membuatkan Puteri semakin berbunga-bunga terhadap Daniel, tapi dalam masa itu Puteri juga dalam dilema untuk mengahwini Ashraf. Puteri terperangkap antara cintanya terhadap Daniel dan perkahwinan tanpa rasan cinta dengan Ashraf kerana amanat arwah ibunya,.

    Segala perancangan perkahwinannya bersama Ashraf telah dirancang dengan rapi oleh ibu tirinya. Pelbagai persiapan telah diatur, dalam masa yang sama tanpa diketahui oleh Puteri, kakak tirinya iaitu Sha telah menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf. Sha dan Ashraf telah lama menjalinkan hubungan cinta tanpa diketahui oleh sesiapa, sungguh bijak mereka merahsiakannya, segala perilaku Puteri sering dipantau oleh Sha akibat rasa cemburunya. Andai Puteri berjumpa dengan Ashraf, pertelingkahan sering terjadi antara mereka, segala yang dirahsiakan oleh Sha dan Ashraf selama ini terbongkar dengan kejadian yang sangat mengaibkan, segala perncangan perkahwinan Puteri dan Ashraf terganggu dek kerana Puteri tidak ingin meneruskannya lagi.

    Konflik terjadi tatkala persiapan telah direncanakan dengan bajet yang melampau, kerana peristiwa yang memalukan itu semuanya menjadi kucar kacir sehingga Sha sanggup menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan demi cintanya terhadap Ashraf. Saat genting inilah Daniel terus bersama Puteri, apakah yang terjadi seterusnya? Apakah Puteri akan bersama dengan Ashraf walaupun peristiwa yang memalukan itu telah terjadi demi sebuah amanat seorang ibu? Atau Puteri mengenepikan amanat itu dengan memilih Daniel? Apa pula yang akan terjadi kepada kakak tirinya Sha?

    AKU PILIH KAMU (1 - 16 TAMAT)

    0
    0
    AKU PILIH KAMU
    EPISOD : 16 episod
    MULAI: 9/12/2015
    SIARAN : Samarinda TV3
    PELAKON : Hafidz Roshdi,Fazren Rafi, Dayana Roza, Arash Mohd, Zila Bakarin, Siti Elizad Sharifuddin, Ryzal Jaafar, Sasqia Dahuri, Nana Lisa, Ikhlas Jalil, Zalfa Zin






    DOWNLOAD AKU PILIH KAMU (1 - 16 TAMAT)
    Aku Pilih Kamu Episod 01 = DOWNLOAD
    Aku Pilih Kamu Episod 02 = DOWNLOAD
    Aku Pilih Kamu Episod 03 = DOWNLOAD
    Aku Pilih Kamu Episod 04 = DOWNLOAD
    Aku Pilih Kamu Episod 05 = DOWNLOAD
    Aku Pilih Kamu Episod 06 = DOWNLOAD
    Aku Pilih Kamu Episod 07 = DOWNLOAD
    Aku Pilih Kamu Episod 08 = DOWNLOAD
    Aku Pilih Kamu Episod 09 =DOWNLOAD
    Aku Pilih Kamu Episod 10 =DOWNLOAD
    Aku Pilih Kamu Episod 11 =
    Aku Pilih Kamu Episod 12 =
    Aku Pilih Kamu Episod 13 =
    Aku Pilih Kamu Episod 14 =
    Aku Pilih Kamu Episod 15 =
    Aku Pilih Kamu Episod 16 (TAMAT) =







    SINOPSIS AKU PILIH KAMU (1 - 16 TAMAT)

    Drama Aku Pilih Kamu mengisahkan tentang Qasya Azara yang kematian ibunya ketika berusia 12 tahun. Ayah Qasya pula jarang berada di rumah kerana kerap ke luar negara atas urusan perniagaan. Akibat dari itu Qasya dan kakaknya terpaksa berpisah kerana ayah Qasya tidak mampu menjaga mereka berdua. Kakak Qasya dihantar ke kampung untuk tinggal bersama nenek mereka.

    Qasya pula tinggal bersama ayah, ibu tiri dan dua adik tirinya yang lain. Mereka selalu mendera Qasya dan ibu tirinya pula telah menghalaunya dari rumah.


    Hendak dijadikan cerita, Qasya telah dijadikan anak angkat oleh Dato Mizal dan Datin Rosnaida. Dato Mizal dan anak sulungnya Adam, amat menyayangi Qasya tetapi Datin Rosnaida dan dua lagi anaknya Farouk dan Rizman amat membencinya. Qasya kerap dihina dan dikasari oleh mereka bertiga.
    Perkara ini berlanjutan sehingga Qasya dewasa. Tetapi Qasya tetap bertahan kerana kasih sayang dari Adam dan Dato Mizal.

    Pada suatu hari, Dato Mizal telah meminta Qasya untuk bernikah dengan Rizman. Dato Mizal mengharapkan pernikahan itu dapat merubah perangai Rizman. Permintaan Dato Mizal di patuhi oleh semua ahli keluarganya. Qasya juga menerima permintaan tersebut dan menganggap ianya jodoh yang telah Allah tetapkan untuknya biarpun dia tahu Rizman begitu membencinya.


    Perkahwinan antara Qisya dan Rizman begitu mengecewakan Adam. Dia bertindak untuk keluar dari rumah dan merantau untuk mencari ketenangan diri. Rizman pula menganggap Qisya berkahwin dengannya hanya kerana ingin membolot harta Dato Mizal.

    Dalam masa yang sama, Datin Rosnaida sukakan seorang wanita muda bernama Isabel. Dia ingin Rizman dan Isabel disatukan. Dia cuba memutuskan perhubungan Qasya dan Rizman dan merancang dengan Isabel untuk memerangkap Rizman.

    Tanpa ada pilihan lain, Qasya terpaksa menerima Isabel sebagai madunya. Setiap hari dia diseksa oleh Rizman dan Isabel. Apa akan terjadi kepada kesudahan drama ini. Tabahkah Qasya untuk melalui semua dugaan lebih-lebih lagi bila dia mengetahui bahawa Isabel adalah anak tiri kepada ayah kandungnya.


    ANAKKU DIVA (1 - 13 TAMAT)

    0
    0
    ANAKKU DIVA
    EPISOD : 13 Episod
    TARIKH : Jumaat -Ahad
    MASA: 7.00PM
    SLOT: Dahlia TV3
    PELAKON : Janna Nick, Ardell Aryana, Farzana Latiff, Dania Erisha, Sajiri, Emylia, Zoey Rahman, Erwin Dawson, Fara Mendoza, Zalfa Zin, Mimie HarisHaeriyanyo, Fiza Halim , Ramona Zamzam, Shakilla Khoriri,



    DOWNLOAD ANAKKU DIVA (1 - 13 TAMAT)
    Anakku Diva Episod 01 =DOWNLOAD
    Anakku Diva Episod 02 = DOWNLOAD
    Anakku Diva Episod 03 =
    Anakku Diva Episod 04 =
    Anakku Diva Episod 05 =
    Anakku Diva Episod 06 =
    Anakku Diva Episod 07 =
    Anakku Diva Episod 08 =
    Anakku Diva Episod 09 =
    Anakku Diva Episod 10 =
    Anakku Diva Episod 11 =
    Anakku Diva Episod 12 =
    Anakku Diva Episod 13 (TAMAT) =



    SINOPSIS ANAKKU DIVA (1 - 13 TAMAT)
    Pertemuan di majlis reunion kolej, telah melahirkan perasaan cinta semula antara Hussien dan Zahra. Mulalah cerita lama diimbas kembali yang mereka pernah suka sama suka dahulu.

    Apa akan terjadi apabila 3 puteri dari utagha tinggal sebumbung dengan 3 puteri kota Metropolitan? Jangan lupa saksikan kisah komedi kekeluargaan dalam #AnakkuDiva mulai ESOK 2 JANUARI di slot DahliaTV3

    SHA DAN SHAH (DOWNLOAD)

    0
    0
    SHA DAN SHAH
    EPISOD : -
    TARIKH : 4 Januari 2016
    HARI: Isnin-Khamis,
    MASA: 10 mala
    SIARAN : Astro Ria & Ria HD
    PELAKON : Kamal Adli, Syatilla Melvin, Shima Anuar, Azwan Kombos, Nina Iskandar, Aizat Hassan, Azhan Rani, Raja Azmi, Kartina Aziz, Siti Mili Supina, Hanif Safuan





    DOWNLOAD SHA DAN SHAH
    Sha dan Shah Episod 01 =DOWNLOAD
    Sha dan Shah Episod 02 =DOWNLOAD
    Sha dan Shah Episod 03 = DOWNLOAD
    Sha dan Shah Episod 04 = DOWNLOAD
    Sha dan Shah Episod 05 =
    Sha dan Shah Episod 06 =
    Sha dan Shah Episod 07 =
    Sha dan Shah Episod 08 =
    Sha dan Shah Episod 09 =
    Sha dan Shah Episod 10 =







    SINOPSIS SHA DAN  SHAH

    Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

    Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan
    mereka mendapat tentangan.

    Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri.

    Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu? Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

    Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN…

    KAK MARR (1 - 15 TAMAT)

    0
    0
    KAK MARR (1 - 15 TAMAT)
    EPISOD : 15 episod
    SIARAN : Slot Iris TV3
    PELAKON : Rozita Che Wan, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Redza Rosli, Ben Ali, Azza Elite, Mustaqim Bahadon, Fattah Amin, Ayu Raudhah, Aishah Ilias, Kazar, Ayumie Azizan, Tatty Hassan, Jasmin Hamid, John Chisel




    DOWNLOAD KAK MARR (1 - 15 TAMAT)
    Kak Marr Episod 01 = TONTON
    Kak Marr Episod 02 = TONTON
    Kak Marr Episod 03 =
    Kak Marr Episod 04 =
    Kak Marr Episod 05 =
    Kak Marr Episod 06 =
    Kak Marr Episod 07 =
    Kak Marr Episod 08 =
    Kak Marr Episod 09 =
    Kak Marr Episod 10 =
    Kak Marr Episod 11 =
    Kak Marr Episod 12 =
    Kak Marr Episod 13 =
    Kak Marr Episod 14 =
    Kak Marr Episod 15 (TAMAT) =





    SINOPSIS KAK MARR (1 - 15 TAMAT)
    Mengisahkan Kak Marr (Che Ta) bekas jurusolek artis yang cantik, glamour dan terkenal dalam bidangnya itu. Namun setelah meningkat usia, Kak Marr mengambil keputusan untuk bersara dan pulang ke kampungnya.

    Di kampung, Kak Marr membuka sebuah gerai makan yang mendapat sambutan dan terkenal dengan Mee Udangnya. Kecantikan Kak Marr juga membuatkan seorang duda bernama Zolkifli (Redza Rosli) jatuh cinta tapi seringkali terlepas peluang untuk menyatakan rasa hatinya kepada Kak Marr.

    Kak Marr turut menjual produk kecantikan dan ramailah juga orang kampung terutamanya golongan isteri dan gadis berpusu-pusu datang ke kedainya untuk turut menjadi cantik dan bergaya seperti Kak Marr.

    Namun kerana kehadiran Kak Marr, telah membuatkan perniagaan Asmah (Izreen Azminda) yang menjual laksa semakin merudum. Tiada lagi pelanggan datang ke kedainya, jualannya juga tidak habis kerana semua orang bertumpu ke kedai Kak Marr.

    Ditambah pula dengan hasutan-hasutan Kak White yang dengki dengan kejayaan Kak Marr. Kak White turut mencadangangkan kepada Asmah untuk berjumpa bomoh bagi merosakkan perniagaan Kak Marr.




    Latest Images